Selamat Kembali Ke Sekolah sesi persekolahan 2018

Selamat Tahun Baru 2018 dan Selamat Kembali ke Sekolah buat semua pelajar tingkatan 2, 3, 4 dan 5 Sekolah Raja Perempuan Taayah. Sesi persekolahan akan bermula pada 2 Januari 2018 (Selasa) ini.

Makluman untuk semua pelajar,
Semua pelajar dikehendaki kembali semula ke sekolah pada 1 Januari 2018 (Isnin) sebelum jam 6.00 petang.  Tiada perubahan bagi penempatan asrama pelajar.

Untuk makluman ibu bapa, tiada pendaftaran pada hari tersebut. Namun, kaunter ATM Koperasi akan dibuka (untuk pelajar menyimpan duit) pada hari berkenaan bermula jam 4.00 petang.

Diharap ibu bapa dan penjaga pelajar dapat merancang perjalanan untuk memastikan anak tuan puan kembali semula ke sekolah sebelum jam 6.00 petang 1 Januari 2018 (Isnin).

*Klik untuk lihat/ muat turun Senarai Yuran Taayah 2018

Sekian, terima kasih.

Nukafihu lil Majdi

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *