5 pelajar terima Anugerah Pengakap Diraja (King’s Scout Award)

27 Januari 2018- Seramai 5 orang pelajar Sekolah Raja Perempuan Taayah (2014-2016) telah dianugerahkan Anugerah Pengakap Diraja (King’s Scout Award) yang telah disempurnakan oleh DYMM Sultan Perak bertempat di Dewan Banquet SUK Perak.

Anugerah Pengakap Diraja merupakan anugerah tertinggi peringkat sekolah menengah bagi Persekutuan Pengakap Malaysia yang mana sijil tersebut ditandatangani oleh DYMM YDP Agong serta semua sultan di Malaysia. Kelayakan penerima anugerah adalah telah melalui beberapa proses dan mesti mendapatkan lencana-lencana tertentu.

Senarai pelajar yang dianugerahkan Anugerah Pengakap Raja bagi tahun 2014-2016 adalah seperti senarai berikut:

2014:
Khairunnisa Balqis

2015:
Adilah bt Ishak
Nur Syafiqah bt Shadidi

2016:
Nor Liyana bt Azman
Norsyamilah bt Ahmad Sha’arani

Alhamdulillah dan tahniah diucapkan buat semua penerima anugerah.

Berjuang demi kegemilangan.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *