Perak Johan Kuiz Bahasa Arab MISS 2018 (Menengah Rendah)

Pada tanggal 21-24 September yang lalu, 2 orang pelajar Sekolah Raja Perempuan Taayah telah terpilih mewakili negeri Perak dalam pertandingan Kuiz Bahasa Arab di Majlis Ihtifal Sekolah-Sekolah (MISS) Kementerian Pendidikan Malaysia peringkat Kebangsaan tahun 2018 bertempat di SMA MAIWP Kuala Lumpur.

2 orang pelajar tersebut adalah:

 

  1. Nurul Nasuha Akhtar bt Mohd Yunus (5 Ibnu Sina) – Kuiz Bahasa Arab Menengah Atas
  2. Nur Hidayati Munirah bt Jamnul Azazi (3 An-Naim) – Kuiz Bahasa Arab Menengah Rendah

Alhamdulillah dan tahniah diucapkan kepada Nur Hidayati Munirah Binti Jamnul Azazi pelajar tingkatan (3 An-Naim) Kuiz Bahasa Arab Menengah Rendah yang telah mendapat JOHAN Kuiz Bahasa Arab Menengah Rendah dalam pertandingan tersebut.

Nukafihu lil majdi.
Berjuang demi Kegemilangan.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *