Makluman Pindaan Kembali Semula Ke Sekolah, Cuti Peristiwa dan Garis Panduan Pengurusan Pembukaan Semula Sekolah

Assalamualaikum WBT.

Untuk makluman ibu bapa/ penjaga murid,

MAKLUMAN PINDAAN KEMBALI SEMULA KE SEKOLAH, CUTI PERISTIWA DAN GARIS PANDUAN PENGURUSAN PEMBUKAAN SEMULA SEKOLAH

Merujuk kepada mesyuarat yang telah dipengerusikan oleh Pengarah Jabatan Agama Islam Perak (JAIPk) bertarikh 15 Julai 2020 berkenaan Pembukaan Semula Sekolah Bagi Murid, ibu bapa/ penjaga diminta untuk mengikut ketetapan berikut:

19.07.2020
TINGKATAN 4:
Kembali semula ke sekolah pada 2.30 petang –5.30 petang

29.07.2020
TINGKATAN 4, 5, STAM, STPM:
Pulang ke rumah selepas jam 11.30 pagi (Cuti Peristiwa 30.07.2020)

02.08.2020
TINGKATAN 1, 2, 3:
Kembali semula ke sekolah pada 9.00 pagi – 12.30 tengah hari
*makan tengah hari disediakan untuk murid

TINGKATAN 4, 5, STAM, STPM:
Kembali semula ke sekolah pada 2.30 petang – 5.30 petang

Murid dan ibu bapa/ penjaga diingatkan untuk mematuhi Garis Panduan Pengurusan Pembukaan Semula Sekolah yang telah dikeluarkan oleh Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM).


Garis Panduan:

  1. Kenderaan tidak dibenarkan masuk dan berada di kawasan sekolah.
  2. Hanya pelajar dan seorang penjaga (ibu/ bapa/ waris) dibenarkan masuk ke kawasan sekolah.
  3. Murid yang sihat sahaja dibenarkan kembali ke asrama.
  4. Saringan kesihatan akan dilakukan semasa pendaftaran di pintu pagar masuk sekolah. Murid yang didapati mempunyai suhu badan 37.5°C dan ke atas atau bergejala, dinasihatkan untuk dibawa pulang oleh ibu bapa/ penjaga.
  5. Tiada lawatan oleh ibu bapa/ penjaga pada hujung minggu kecuali hal-hal kecemasan.
  6. Murid tidak dibenarkan outing (aktiviti keluar) dan pulang bermalam.
  7. Jika murid bergejala sewaktu sesi persekolahan, pihak sekolah akan menghubungi ibu bapa/ penjaga.

Mohon kerjasama daripada murid dan ibu bapa/ penjaga untuk mematuhi garis panduan yang telah dikeluarkan. Garis panduan ini diguna pakai sehingga KPM mengeluarkan pemakluman lanjut.

Sekian, Terima Kasih.
PENGETUA
SEKOLAH RAJA PEREMPUAN TAAYAH

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *