MAKLUMAN PULANG KE RUMAH (25 SEPTEMBER) DAN KEMBALI SEMULA KE SEKOLAH (27 SEPTEMBER)

Assalamualaikum WBT.

Untuk makluman ibu bapa/ penjaga murid tingkatan 1,2, 3, 4 dan STAM,

MAKLUMAN PULANG KE RUMAH (25 SEPTEMBER) DAN KEMBALI SEMULA KE SEKOLAH (27 SEPTEMBER)

Murid akan pulang ke rumah pada 25.09.2020 (Jumaat) secara berperingkat seperti ketetapan berikut:

Tingkatan 1, 2 dan 3:
selepas pukul 12.30 tengah hari

Tingkatan 4 dan STAM:
selepas pukul 2.00 petang

Bagi murid kembali semula ke sekolah pada 27.09.2020 (Ahad) ini, ibu bapa/ penjaga diminta untuk menghantar anak tuan/puan seperti ketetapan masa yang ditetapkan bagi pendaftaran saringan kesihatan.

2.30 – 3.30 petang: tingkatan 1, 2
3.30 – 4.30 petang: tingkatan 3, 4
4.30 – 5.30 petang: STAM, STPM

Garis Panduan:

  1. Kenderaan tidak dibenarkan masuk dan berada di kawasan sekolah.
  2. Hanya pelajar dibenarkan masuk ke kawasan sekolah.
  3. Murid yang sihat sahaja dibenarkan kembali ke asrama.
  4. Saringan kesihatan akan dilakukan semasa pendaftaran di pintu pagar masuk sekolah. Murid yang didapati mempunyai suhu badan 37.5°C dan ke atas atau bergejala, dinasihatkan untuk dibawa pulang oleh ibu bapa/ penjaga.
  5. Tiada lawatan oleh ibu bapa/ penjaga pada hujung minggu kecuali hal-hal kecemasan.
  6. Murid tidak dibenarkan outing (aktiviti keluar) dan pulang bermalam.
  7. Jika murid bergejala sewaktu sesi persekolahan, pihak sekolah akan menghubungi ibu bapa/ penjaga.

Mohon kerjasama daripada murid dan ibu bapa/ penjaga untuk mematuhi garis panduan yang telah dikeluarkan dan masa yang telah ditetapkan. Garis panduan ini diguna pakai sehingga KPM mengeluarkan pemakluman lanjut.

Sekian, Terima Kasih.

PENGETUA
SEKOLAH RAJA PEREMPUAN TAAYAH

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *