KEBENARAN MENGAMBIL BARANG-BARANG DI ASRAMA DAN DI KELAS SEKOLAH RAJA PEREMPUAN TAAYAH
Assalamualaikum WBT.
Untuk makluman ibu bapa/ penjaga pelajar,
KEBENARAN MENGAMBIL BARANG-BARANG DI ASRAMA DAN DI KELAS SEKOLAH RAJA PEREMPUAN TAAYAH
Pelajar dibenarkan untuk mengambil barang-barang peribadi di asrama dan buku-buku di kelas mengikut jadual yang telah disediakan. Kebenaran ini adalah sebagai persiapan awal untuk permulaan sesi persekolahan akan datang. Pelajar-pelajar dan ibu bapa diingatkan untuk mematuhi ‘Standard Operating Procedure’ (SOP) semasa proses ini berlangsung.
Berikut merupakan tarikh yang telah ditetapkan oleh pihak sekolah:
TARIKH | KELAS | MASA |
SELASA 10 NOV 2020 | 1 AR-RAYYAN, 2 AR-RAYYAN, 3 AR-RAYYAN, 4 IBNU SINA, 5 IBNU SINA | 9.00 PAGI – 5.00 PETANG |
RABU 11 NOV 2020 | 1 AN-NAIM, 2 AN-NAIM, 3 AN-NAIM, 4 IBNU AL-HAITHAM, 5 IBNU AL-HAITHAM, STAM | 9.00 PAGI – 5.00 PETANG |
KHAMIS 12 NOV 2020 | 1 AL-FIRDAUS, 2 AL-FIRDAUS, 3 AL-FIRDAUS, 4 AL-KHAWARIZMI, 5 AL-KHAWARIZMI | 9.00 PAGI – 5.00 PETANG |
JUMAAT 13 NOV 2020 | 1 AL-MAAWA, 2 AL-MAAWA, 3 AL-MAAWA, 4 AS-SYAFIE, 5 AS-SYAFIE | 9.00 PAGI – 5.00 PETANG |
SOP:
- Kenderaan tidak dibenarkan masuk dan berada di kawasan sekolah. Kawasan meletakkan kenderaan hanya di bahagian dataran parkir di sebelah rumah Pengetua Sekolah Raja Perempuan Taayah.
- Hanya seorang pelajar dan penjaga dibenarkan untuk masuk ke kawasan sekolah.
- Wajib bagi pelajar dan ibu bapa memakai pelitup muka (face mask).
- Suhu badan kurang daripada 37.5°C sahaja dibenarkan masuk.
- Hanya 20 orang pelajar sahaja dibenarkan berada di kelas atau di asrama semasa proses ini berlangsung dan masa yang diperuntukkan adalah 20 minit.
Mohon kerjasama daripada pelajar dan ibu bapa untuk mematuhi jadual yang telah ditetapkan dan mematuhi SOP yang telah dikeluarkan. Sila jaga kebersihan dan kekemasan di asrama dan di kelas semasa proses ini berlangsung.
*Buku teks adalah di bawah tanggungjawab pelajar.
PENGETUA
SEKOLAH RAJA PEREMPUAN TAAYAH